Seterusnya

Salam tengah malam. Otak ligat berfikir, menyiapkan essay english. Essay yang ke berepa hentah aku buat selepas essay 'My Dream Husband'. Nak cerita sikit, most of the content in that essay, kebanyakkannya semua ciri ciri yang ada pada dia. Dan kalau nak tahu, semasa essay tu selesai dibuat, niat di hati ni nak sangat bacakan essay tu untuk dia. Tapi tidak kesampaian. Sekarang ni, ada sesiapa tak yang mahu sampaikan pada dia? Please

Siapa sangka, akhirnya dibalas juga. Sudah tahu, dia pasti memerlukan seseorang. Aku perlu jadi seseorang itu. Aku kenal benar bagaimana sifat dan perangainya. Aku perlu hadir sebagai sahabat, dan juga pemberi semangat, nasihat buatnya. Aku ikhlas, cuma kadang tidak terkuat. Aku mahu gembirakan dia. Buat dia lupa segala yang pahit. Jujur, aku tidak sanggup lihat dia bersedih atau sedang kebuntuan..

Bila bicara, untuk meyakinkan dia. Terasa seolah aku bicara pada diri aku sendiri. Adakah kerana aku masih menganggap aku dan dia adalah satu. Atau kerana dia masih lagi sebati dalam hidupku.. sudah. Sampai bila aku ingin berangan pada sesuatu yang tidak mungkin. Sedarkan diri aku. Dia yang sedang terluka. Aku perlu usaha untuk mengubati luka itu. Memang tidak akan hilang sakitnya. Tapi sekurangnya biarlah rasa sakit itu berkurang. Hati yang sakit, harus diubati dengan kasih sayang. Bukannya perlu menambah lagi perisa kesakitan. Jangan menyimpan benci atau dendam. Ingatlah pada kebaikannya. Ingat pada keikhlasan dan kasih sayang dia selama ini. Sampai kapan pun, aku tidak akan lupa. Kerana dia yang pertama dan dalam diam mengharapkan, dialah yang terakhir.

Seterusnya, apa yang perlu aku lakukan. Harus kekal begini sebagai sahabat atau terusan cuba mengambil hatinya semula. Aku pula yang buntu saat ini. Atau apa perlu aku ikutkan saja aturan hidup yang telah ditetapkan olehNya. Aku sayang dia. Aku pernah kehilangan dia sebagai suami. Dan sekarang aku tidak sanggup kehilangan dia sebagai seorang sahabat.. haruskah aku diamkan saja. Diam seribu bahasa, menjauhi dia? Mana mungkin. Siapa mahu berada disisinya diwaktu dia perlukan seseorang? Tidak. Aku perlu sentiasa ada buat dia walau hanya sebagai sahabat.

Sayang itu punya banyak erti. Sayang kalian yang bagaimana? Sayang aku padanya, yang tidak sanggup kehilangan dia tapi dipaksa rela untuk terima demi kebahagiaan dia. Sayang aku, yang mahu dia gembira dengan kehidupannya. Sayang aku, yang mahu lihat dia berjaya dalam kehidupannya. Sayang aku, yang mahu dia kuat mengharungi semua, sentiasa jadi yang tabah. Sayang aku, inginkan dia capai impiannya. Impian dia untuk bersama, bersatu, hidup yang halal dan bahagia bersama wanita pilihannya, yang amat dicintainya. Itu sayang aku. Sayang yang sakit. Tapi sakit yang bahagia. Kerana dia bahagia.

'you should proud yourself for being this strong. you should' kata abang. Kekuatan itu hadir kerana dia. Kekuatan untuk lihat dia gembira. Memang aku yang tersakit. Tapi lagi sakit kalau aku biarkan dia merana. Sekurangnya aku ada, bantu dia untuk bangkit semula. Ini kitaran hidup. Semua orang merasa hidup di atas dan di bawah.

Buat abang, tabahkan hatimu juga. Tiada apa yang akan bisa menghalang kalian berdua kalau semuanya direstui. Berdoa. Terusan sayang, walau hanya dalam diam.

Selamat malam merpatiku..
Malam, dunia.

Noktahnya

Assalamualaikum. Lama sudah blog ini dibiarkan. Bukan sengaja, cuma faktor kekangan masa dan juga keikhlasan nak meluah tu kadang tiada. Jangan kecil hati bebybloggie. Your mommy ada ni. Hendak meluah isi hati yang berbaki.

Kebelakangan ini, hidup memang sentiasa sibuk. Kadang sibuk dengan pelajaran, kadang sibuk dengan urusan asrama. Paling sibuk dengan urusan hati. Urusan untuk memulihkan hati serta mencantum serpihan hati dengan perlahan. Mula melangkah ke dunia luar dengan lebih jauh. Mula mengenali serta menghulur tangan tanda persahabatan pada semua. Sebelum ini, hendak menyapa pun kadang tak berminat. Mahu keluar bersama rakan rakan pun kadang rasa tidak penting. Itu dulu, sewaktu masih terikat dengan dia. Semuanya dijaga, sikit pun tidak mahu menyakiti hatinya. Kadang tidak sengaja, aku menyakitinya. Maaflah.. itu semua dulu aku lakukan bukan kerana terpaksa. Tapi kerana aku sayang dan menghormati dirinya sebagai seorang suami.

Ingin aku teruskan dengan cara itu. Tapi ada sahabat lain menegur, sampai bila aku mahu kurung diri dalam dunia sendiri. Sampai bila aku harus berpura yang aku ini masih milik dia. Lama kelamaan, aku akur. Cuba untuk mencari kebahagiaan buat diri sendiri. Bahagia diri sebagai sahabat. Satu hari nanti aku akan bahagia sebagai isteri.

Sekarang ini aku tiada masa untuk mencari pengganti. Malah hendak bercinta lagi pun rasa hati sudah tawar. Jika ada, pasti sukar. Masih ada dia di tempat yang sama dalam hati ini. Jangan ditanya kenapa. Payah untuk aku menjawabnya. Kalau benar ingin tahu, sini masuk dalam hati aku. Cuba rasa, cuba lihat semua. Dia masih ada lagi di merata.

Ramai sahabat menyuruh aku melupakannya. Ada yang suruh aku mencabut segala memori yang berkaitan dengannya yang aku wujudkan di rumah kedua. Tidak. Dia masih lagi yang tersayang. Aku tahu dia memang tidak akan kembali padaku. Tapi tolong, jangan paksa aku lupakannya. Aku sayang dia. Dan tidak akan pernah berhenti menyayangi dia.

Terlalu sayang hingga aku sanggup merelakan. Mendoakan dia bahagia bersama orang yang dia sayang. Kadang perit. Kerana aku bukan orang yang dia sayang.. pedulinya aku terhadap dia hingga sanggup berterus terang. Aku sangat menyayangi persahabatan kami ini. Sebak aku.. kenapa pabila terputusnya percintaan, ikatan persahabatan juga perlu diputuskan. Aku sangat peduli akan dirinya. Aku sentiasa mahu dia gembira dan bila dia sakit, aku mahu mengubati. Tapi itu semua hanya angan.. aku cuba. Dan sekali lagi, telah gagal.

"Tulis satu nama yang kamu rindukan saat ini" aku tulis nama dia. Dan dia tulis nama.. antara saat paling hancur. Rupanya aku ini masih menaruh harapan lagi ke. Janganlah.. dia terlalu sayang pada kekasihnya. Tahan diri, jangan mengganggu. Banyak lagi cara untuk aku meluah rasa sayang pada dia. Salah satu, mendoakan kebahagiaan dia..

Teman meluah, abang juga telah melalui situasi yang sama. Cuma beza, dia lelaki dan aku perempuan. Sama sama rasa sakit. Sama sama hancur. Rupanya hati lelaki juga mudah hancur. Mungkin bezanya, lelaki kuat. Tapi dalam kekuatan, ada juga kelemahannya. Hingga sampai satu tahap, kau dah taktahu nak buat apa lagi. Semua jadi berantakan. Jadi tak tentu hala. Ini semua kerana terlalu sayang. Ada yang benar benar menyayangi dan mencintai, kenapa perlu pergi untuk orang ketiga. Apa kerana kau percaya yang ketiga tu lagi menyayangi kau. Dalam hidup ni kadang tak boleh nak demand sangat. Apa yang kau ada, tolong jaga. Cuba hargai, belai dengan kasih sayang. Nanti satu hari, tak mustahil kau akan rasa benda sama yang dia rasa sekarang ni. Hidup ni berputar. Kadang kita di atas, kadang kita di bawah.

Susah kadang nak menoktahkan semua. Dia sayang kau. Kau sayang orang lain. Payah kan. Kenapa perkara yang sama terjadi pada semua. Boleh dikatakan, kebanyakan orang telah rasa peritnya cinta. Dah tahu perit, kenapa kau ulang lagi silap yang sama. Cubalah kau duduk diam. Kau pejam mata. Kau imbas balik satu demi satu memori lama. Saat saat bahagia. Cubalah hargai apa yang pernah kau ada selama ni. Dan sampai satu masa bila kau dah takde rasa apa, itulah noktahnya.

Bahagia dengan kehidupan sekarang. Cuma pasti aku akan lagi bahagia jika saat ini aku masih bersamanya. Malam, dunia.

Memanggilku..

Pagi ini sahaja aku bangun dengan wajah yang ceria. Tapi ceria yang tidak bermaya. Mana tidaknya jika mata dipejamkan pada jam empat pagi dan kemudian pada jam enam pagi sudah dibuka. Mengantuknya seperti apa tadi. Banyak cubitan aku terima. Semata sebagai pengubat aku tidak tertidur ketika guru sedang mengajar. Aku disambut rakan sekelas dengan senyuman dan lambaian kembali pulang. Rindu pada aku ye rakan rakanku..

Waktu terakhir tiada guru jadi aku solat zohor bersama rakan di surau sekolah. Selepas itu apa yang aku mahu hanyalah tidur, tidur, dan tidur. Lupa makan tengah hari semuanya aku lupa. Masuk dorm saja, tukar baju, terus pakai stokin, sweater dan terus selubung diri dengan selimut. Selamat malam semua..

Kemudian tidak lama aku terjaga. Aku mimpi dia.. aku dengar suaranya.. dia ada disebelahku tadi memanggil manggil aku.. dia panggilku sayang.. aku buka mata mencari dia. Tapi dia tiada.. aku lihat ke atas, aku nampak dia melalui gambar. Aku rindu dia.. tiada siapa di dorm ini aku kesunyian.. aku merindui segala tentangnya. Aku benar sebak.. teresak esak lagi.. peritnya rasa rindu ini. Aku memeluk bantal peluk yang aku dan dia ada sekuatnya. Aku benar tidak tertahan..

Rinduku padamu ini sakit. Tapi aku perlu dan harus kuat. Sudah berjanji pada sahabat sahabat mahu kuatkan diri untuknya. Aku perlu hapuskan sendiri air mata ini.. aku tidak boleh lemah.. pengorbanan untuk dia. Aku harus teguh berdiri. Bersungguh belajar untuknya.. aku tidak boleh begini.. aku seorang fatin amira yang kuat. Tidak mahu susahkan hati mereka. Aku sudah berjanji. Aku harus tepati. Aku cuma terlalu merinduinya.. sumpah aku merinduinya..

Abang

Berdebar jantung ini saat aku melangkah masuk ke dalam dorm. Masuk saja, aku melihat gambarnya di katilku. Saat mahu membuka loker, aku melihat dia lagi. Saat ingin mengemas buku, sekali lagi, aku melihat dia. Segalanya di dalam dorm ini, dia. Merata ada dia. Aku disambut masuk ke dalam dorm dengan panggilan 'welcome home mrs nashrek'. Sayu hatiku (:

Sepanjang mengemas barang, air mataku mengalir. Banyak sangat aura dia di sini yang aku wujudkan. Banyaknya tidak terkata.. hampir setiap tempat aku hadirkan dia. Aku senyum. Aku perlu kuat. Takdir aku sekarang ini bukan bersamanya. Aku tanam hasrat, mahu belajar bersungguh hingga dapat keputusan yang bagus demi dia dan kedua orang tua.

Aku mula lakar senyuman seikhlasnya. Bercerita bersama sahabat sahabat ku. Gelak tawa, suka ria. Mereka rupanya rancang sesuatu untuk aku rasa gembira. Mereka bilang mereka siap buat group whatsapp lagi untuk berkongsi idea membahagiakan aku. Aku terharu pabila mereka semua merancang untuk keluar bersamaku supaya aku lupa akan semua perkara buat sejenak. Tapi aku tidak dapat sertai mereka kerana aku tiada. Aku sangat terharu dan mohon maaf.. usaha kalian aku amat hargai. Mereka tidak sanggup lihat aku begini tapi mereka sangat mengenali aku. Mereka tahu aku tidak akan pernah move one kerana mereka tahu aku sangat setia pada yang satu. Selama ini aku selalu bercerita akan dia terhadap mereka. Sering bicara soal kahwin dan kehidupan selepas berkahwin dengannya. Mereka sentiasa dengar dan mengAminkan impian aku itu. Sememangnya mereka pendengar yang setia. Sahabat yang selalu ada tidak kira senang mahupun susah.

Sedang aku sibuk menyiapkan tugasan, tiba tiba abang mahu bicara denganku. Aku bicara juga dengannya. Abang berkata, mesti aku sudah okay dengan dia. Aku tergelak. Abang silap.. segalanya sudah berubah. Abang terkejut dan dia tidak menyangka. Banyak dibicarakan. Hati aku sayu mendengarnya.. dia bagi semangat lagi dan nasihat. Dia kata, kalau benar sayang, jangan pernah putus asa. Itu yang aku sedang lakukan abang.. tapi dia sedang bahagia dan aku tidak mahu mencampuri. Biar aku tunggu dia selama mana. Aku usaha juga. Tapi dalam diam. Doa juga satu usaha. Sedih hati ini.. aku bertanya pada abang, tidak salahkan kalau kita biarkan orang yang kita sayang itu bahagia dengan orang yang dia sayang. Abang cakap tidak tapi sampai bila..

Mungkin untuk selamanya. Tiada siapa yang menghalang aku untuk berterusan begini. Malah mereka menyokong aku dan memberikan kata kata semangat. Mereka hormati aku kerana aku sangat sabar dan tabah mengharungi ini semua. Sememangnya aku mungkin telah hancur jika tiada kalian dan jika tiada dia dalam bayangan.

Aku mahu dia bahagia. Aku tetap akan tunggu dia walau dia bahagia bersama orang lain. Itu adalah aku. Tekad dengan keputusanku.

Selamat berbahagia.

Bahagiamu deritaku

Ku dengar kau cinta sangat padanya
Ku dengar hatimu kini miliknya
Dia kan menjadi teman sehidup dan semati
Aku menjadi sahabatmu

Siksanya mengakui kau teman biasa
Terpaksa ku terima itu hakikatnya
Yang pasti aku tak mahu lupakan cinta
Kau percik api membakar kenangan lama

Aku tak tahu menilai cintamu
Aku tak mampu pertahankan

Tinggalkanku, perlahan-lahan ku terima
Semakin ku sakit, semakin kau bahagia

Mengapakah aku jadi lemah
Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku
bersamamu

Yang pasti aku tak mahu lupakan cinta
Walau apa pun, cinta ini akan selamanya dipeluk rapi




Dia pernah memberikan aku lagu ini. Ada cerita disebaliknya. Aku mahu berkongsi, tapi aku perlu menjaga hati wanitanya. Mungkin aku harus berhenti bicara mengenai dia. Jika tidak jelas akan hal sebenar, diam saja. Jangan bicara apa ye wanita. Jangan sesekali awak ubah dia menjadi seperti saya. Biar wanita awak dengan caranya. Jangan samakan dia dengan saya. Awak sendiri tahu saya ada keistimewaan yang tersendiri. Awak juga begitu dan hanya saya seorang saja tahu apa yang istimewa akan diri awak. Awak seorang anak yang baik untuk selamanya. Cinta itu perlu ikhlas. InsyaAllah awak dan pasangan awak akan bahagia sehingga takdir memisahkan. Jagakan dia seikhlas hatimu. Walau apa aku lakukan, hanya kerana dia. Tidak mahu menyusahkan dia lagi untuk meyakinkan wanitanya. Sekarang aku benar ikhlas. Alhamdulillah.

Maaf