Tiada Rasa

Bulan yang memenatkan. Tiap hari paksa diri tidur awal. Tiap hari paksa diri bangun pagi seawal jam dua. Tiap hari bersengkang mata menjawab periksa. Tiap hari juga la aku perlukan semangat dari dia. Hari demi hari, mula terlakar kesedaran dalam diri untuk belajar bersungguh seterusnya mencapai impian kedua orang tua. Cemerlang dalam pelajaran. Keputusan yang membanggakan. Memang bukan mudah. Tapi tiada apa yang mustahil.

Kurangku dimana. Kesetiaan aku dipersoalkan. Atau rupa aku yang bukan taraf jelitawan. Sifat aku yang menyakitkan. Aku bukan perempuan itu. Aku tidak seperti gadis itu. Serba serbi kurangnya. Segalanya, itukah sebabnya. Dia bersuara, aku luah semua. Maaf tanpa henti. Aku ingin hentikan segala lara. Aku penat lalui ini semua. Diungkit, aku kecewa. Dia kecewa akan aku, aku kecewa akan dirinya. Dua dua kecewa bersama. Lagi seronok kalau dua dua bahagia. Orang kata hubungan tanpa pergaduhan itu cacat. Tapi sungguh, kebahagiaan itu saat paling indah. Semakin pudar merasai keindahan itu. Mulai suram dengan pelbagai duka.

Semakin kuat hati aku untuk menerima. Mungkin ini takdirnya. Kadang sukar untuk percaya. Namun ini hakikatnya. Dia sering pergi pabila hati sering ditusuk. Duduk terdiam aku, merayu dia kembali. Semakin lama rayuan aku ditolak ketepi. Mungkin perlukan masa. Aku menunggu, kadang tidak sanggup. Lemah longlai, meronta kesepian. Ego tidak kusimpan. Aku merayu lagi. Dan sekarang, masih merayu dalam diam.

Saat indah semalam masih aku ingat. Walau singkat, aku hargai. Alangkah indahnya saat saat itu. Walau tidak seindah dulu, aku puas. Banyak lagi ingin aku kongsi. Ingin bertanya soal masa mendatang. Tapi tetap, tidak berjaya. Pabila sampai ke tahap itu, semuanya serba serbi tidak kena. Aku lihat dia sentiasa. Apa yang dia rasa, tiada. Tiada itu apa maksudnya. Tiada aku dalam hatinya atau apa. Aku sebak. Tapi aku tahan. Aku salah dan pencetus keretakkan.

Aku patut berdiam diri atau apa. Berterusan menunggu kata akhir dari dia. Sampai bila dia pergi. Tidakkah terlintas untuk kembali. Atau sudah tiada keinginin untuk bina mahligai cinta. Mimpi ngeri buat aku andai itu berlaku. Tapi siapa aku untuk menentukan segala. Semuanya sudah tertulis. Ini petunjuk atau apa. Allah.. aku pasrah.


Please stay. I'm not asking for much. It would be nice if someone that'll be there for me through thick and thin wheather i'm in a good or bad shape. And still be my side. It would be nice if someone promise to stay and never leaves. Pinky promise...

Simpan Dalam

Syukur diberi peluang kedua. Merasai nikmat kembali kedakapannya. Bukan senang mahu lembutkan hati dia. Ikutkan hati jahat, mahu saja dihentikan semuanya, meninggalkan segalanya. Tapi itu bukan aku. Janji aku pada dia dulu, tidak akan meninggalkan dia kecuali dia meninggalkan aku. Janji aku, pertahankan hubungan ini. Kalau aku ikut sama naik angin, hubungan ini memang tidak akan bermakna lagi. Memang silap aku kerana memulakannya. Tapi silap aku bukan menduakan kerana aku sama sekali dan selamanya tidak akan menduakan dia. Itu janji aku. Kerana aku, cinta dia.

Aku fikir dia di sini, aku dapat luangkan masa dengannya. Bukan selalu ada masa terluang macam ni. Bukan selalu dia cuti lama. Bukan selalu.. aku nak sangat pulang ke rumah semata mata aku ingin berkongsi segalanya pada dia. Banyak kali aku cari masa yang sesuai. Tapi, masa sentiasa tidak mengizinkan. Dah menjadi kebiasaan tiap malam berduka. Banyak kali telan perasaan pun, tetap masih ingin keluarkan juga air mata. Terasa macam hati hancur. Tapi hakikatnya tidak. Kami bahagia.

Apa boleh aku buat kalau dia sedang bersama keluarga. Dia utamakan keluarga. Siapa aku untuk melarangnya. Aku diam, bagi dia ruang bersama keluarga sepuasnya. Ye, aku tahu. Bukan selalu keluarga dia dapat bersatu seperti itu. Tambahan pula, kakak dia sedang mengandung. Boleh faham apa rasanya.. tapi terkilan juga kerana aku baru tahu. Katanya sudah diberitahu, tapi hentah kenapa aku tetap baru tahu. Walau hal itu tidak penting buat aku, tapi itu sangat bermakna. Perempuan, aku faham rasanya.

Aku tolak ketepi semuanya. Jadi orang jangan pentingkan diri sendiri. Aku simpan dalam. Simpanan itu aku buang tapi masih berbaki. Aku pendam. Aku luahkan dengan air mata. Sudah terlampau banyak air mata aku laburkan. Sampai bila mahu begini. Letak buku depan mata sedekat yang mungkin masih memikirkan dia. Mengapa begini jadinya. Kata mahu belajar sungguh sungguh. Kenapa hal macam tu pun tak boleh kuatkan semangat. Semangat.. mana pergi semangat itu..

Sudah aku jangka, dia akan buat juga laporan itu walau terpaksa. Aku harap dia ikhlas. Sudah, aku tahu dia ikhlas. Dalam diamnya, ada kemanisan juga. Dia tidak menunjuk, tapi aku boleh rasa. Bersederhana, dan aku terima. Anak yang baik semestinya akan menjadi seorang suami dan ayah yang baik. Memang tidak selalu aku dapat kuatkan hati. Tapi kebiasaannya, aku terluka dan mengubatinya secepatnya. Akhirnya aku kembali semula padanya. Sayang aku padanya dapat mengatasi segala perit yang aku rasa. Sayang aku padanya tidak terbanding.

Sekali sekala mahu juga rasa dibelai dengan kasih sayang. Memang selalu diberi. Tapi aku mahu merasai juga. Mungkin masa untuk aku tu belum. Masa aku nanti, lapan tahun lagi. Masatu aku takkan sekali kali melaburkan air mata aku lagi. Sudah puas menangis. Biar nanti aku bahagia tanpa henti. Bersama orang yang sama, selamanya.

Aku menunggu dan tetap menunggu. Kadang aku tewas, mengalah. Tapi tetap, aku bangun lagi untuk terus menunggu. Sebak memikirkan ini semua. Bersabar untuk kebahagiaan dunia akhirat. Moga ini semua berbaloi. Moga ini semua direstui. Jika bukan takdir, aku reda. Tapi selagi masih ada peluang, aku tidak akan putus berdoa. Aku, dia disatukan. Saling melengkapi hingga akhir hayat. Insya'Allah. Amin, ya Rabb..

Perit

Sekali lagi, aku mulakan semuanya. Tidak puas berkongsi kasih, kini bersengketa semula. Orang ketiga punca segala. Sedang aku bersedih akan pemergian orang ketiga, si dia menyalah anggap aku berkasih pada orang ketiga. Mana mungkin. Waktu ini aku sedang sakit, terlepas segalanya. Suhu badan naik, aku perlukan dia. Aku tidak berniat. Bukan itu yang aku maksudkan. Apa yang aku kata itu semua amarah.

Mohon, aku tidak mahu ini berlaku. Mohon, aku mahu dia. Tidak tertanggung rasa perit ini. Ketiadaan dia, aku berduka. Maafkan aku kerana melukaimu. Sungguh, hanya dia di hati aku. Jangan cari yang lain. Dia masih ada dalam hati aku. Sentiasa ada. Aku pula ada, dalam pelukannya.

Masa dibazirkan dengan persengketaan. Masa itu akan pergi. Dia juga akan pergi semula nanti. Kemudian, tinggal aku seorang diri di sini. Menanti dia saban hari. Tanpa henti. Hati tidak akan dapat menahan rindu. Tidak tertahan menyimpan kasih untuknya.

Kasih hati, khilaf aku. Terima maaf aku. Maaf ikhlas dari aku. Aku sayang dia. Aku salah kerana tidak menjaga hatinya. Hati dia terluka, aku makin tikam dalam hati dia. Bodohnya aku kerana tidak henti membunuh hatinya. Aku hentikan. Tersedar dari amarah. Aku ingin mengubati. Menyembuhkannya dengan kasih dari aku.

Aku sayang dia

Masih Bersama


'honest hearts produce honest actions'


Perlahan lahan aku mendekati dia. Dengan perlahan aku kembali ke dakapan dia. Sukar untuk aku melakukannya kerana ia seolah asing pada aku. Aku belum cukup berani untuk bermanja dengannya semula. Belum cukup ringan mulut ini untuk mengadu banyak perkara kepadanya. Belum cukup kuat untuk bermain kata cinta bersamanya. Dulu ia rutin. Kemudian, menjadi kadang. Dan sekarang, aku tidak mahu ia menjadi, langsung tiada.

Sudah berapa lama tidak dilafazkan tiga perkataan itu. Berdebar hati aku bila dia melafazkan itu. Iye, aku rasa lega. Hati aku kembali mekar. Masih ada dia dalam dirinya. Masih ada harapan lagi. Kerana aku masih dalam hatinya. Mungkin aku tidak seistimewa dulu. Tapi syukur, aku masih bersama dia.

Dulu iye, tiap masa bersama. Kemudian dia beralih ke fasa seterusnya. Payah untuk aku terima. Payah untuk aku melaluinya. Apa yang menguatkan aku, janji janji dia. Aku pegang kata dia. Aku ingat hasrat dia. My Dream With You.

Biar banyak kenangan manis yang boleh aku kenang. Supaya aku tidak mudah melupakan cinta ini. Walau dia tiada selama mana, sekurangnya masih ada kenangan bersama sebagai penguat. Kata kata semangat kadang sudah cukup untuk buat aku terus kekal bertahan. Bukan kata kata kasar yang membuat hati patah, retak sejuta. Bicara lembut, akan aku turuti. Bicara kasar, akan aku menjauh. Kerana apa. Kerana aku telah menyakitinya. Aku terlalu berani menaikkan darah dia. Aku, pentingkan diri sendiri.

Aku akui, banyak perbuatan terasa janggal. Salah siapa jadi begini. Bukan siapa siapa. Ini kerana fasa, situasi, masa yang sering kali merenggangkan kami. Aku pilih untuk dicepatkan masa dari diundurkan masa. Biar cepat disatukan. Supaya aku boleh membahagiakan dia. Pada masa yang sama aku akan dibahagiakan dia. Bila waktu itu akan tiba. Bila aku dan dia sentiasa kuat, susah dan senang lalui bersama.

"... what really matters is that he will love you, that he will respect you,
that he will be absolutely true to you, that he will give you the freedom of
expression and let you fly in the development of your own talents. 
He is not going to be perfect, but if he is kind and thoughtful, if he knows
how to work and earn a living, if he is honest and full of faith, the chances are
you will not go wrong, that you will be immensely happy..."
-Gordon B. Hinckley-



Dan sekarang, walau apa jua kesakitan yang akan saya rasa, saya tidak akan pernah menyesal menyayangi awak. Buat selamanya


Woebegone


'I pinky promise I will love you forever'


Satu tahun, lima bulan, tiga minggu, empat hari. Tolak gaduh, tolak kesibukan masing masing, tolak satu dua minggu tak bercontact, tolak macam macam lagi. Rasanya setahun tu dapat digapai ke.. lagi tiga hari, monthsary buat kali ke 18 bulan. Rasa takut.. apa pula dugaan yang mendatang pada waktu tu nanti.. moga tiada.

Semalam hari terakhir dia exam. Sebelum ni, hentah kenapa waktu itu lah yang aku tunggu dari dulu. Tapi sekarang, apa yang aku rasa seperti kosong. Paling kurang pun aku harap aku akan rasa gembira tapi tetap, tiada rasa apa. 


Dalam satu hari, aku call dia dua kali. Itu pun aku fikir dua tiga kali samada nak call dia atau tidak. Bukannya apa, aku cuma takut akan mengganggu dia. Tidak mahu bersikap pentingkan diri sendiri. Sebelum ni, call tiga empat kali dalam sehari pun aku tak pernah teragak. Pantang dapat seposen, mesti tangan ni laju je masukkan duit syiling kat public phone dail nombor telefon dia. Seminit tu hanya untuk berkata 'i love you' pada dia. Tapi sekarang bila call, rasanya tak sampai seminit. Lebih banyak berdiam diri dari berkata kata. Niat di hati memang banyak perkara hendak dikongsi. Tapi hentah mengapa, mulut berat untuk berkata. Diam seribu bahasa. Menahan kesedihan semampu yang boleh. Di balik suaraku ada permata sebenarnya.

Rabu, telefon dia kerana aku rindu. Mahu bicara dengannya kerana aku rindu. Aku menanti rindumu. Menanti kata sayangmu. Salah aku kerana menanti. Membuatku menangis di sebalik selimut, waktu hujan turun tanpa henti seperti hati aku. Aku ketagih kata sayang dari dia. Aku telefon buat kali kedua. Aku bertanya, dia jawab mestilah. Sepatutnya aku bahagia. Tapi mengapa hati aku tetap rasa kosong. Aku takut..

Setelah tiga minggu, akhirnya aku pulang. Bahagia, menghilangkan rindu pada keluarga. Aku pulang mencari dia. Dia kata dia rindu aku. Tapi aku kecewa kerana itu bukan dia. Hati aku semakin layu. Aku lihat pemberiaan cinta dia. Aku mengingati kisah kami. Lagu, blog, gambar, email and everything aku lihat, aku dengar, aku baca semula. Aku ingin mengekalkan rasa kasih aku padanya. Kuatkan hati aku untuk menegur dia. Kerana aku rindu dia.

Walau dia tidak seperti dulu, aku mesti yakinkan diri aku bahawa dia tetap orang yang sama. Dia lelaki yang aku cinta dari dulu hingga sekarang. Mungkin aku tidak dicintainya lagi. Aku terima. Biar ikhlas, bukan terpaksa.

My best friend, hubby. Deep, deep, deep in my heart, you're still my hero and I love you