Pulanglah..


Bismillah..

Aku lihat wajah ibu ayahku.. kelihatan sedih tiada kegembiraan. Si kecil itu kalini mahu pergi bersama keluarganya. Bahkan dia telefon sendiri mamanya untuk mengambilnya di sini. Kenapa engkau bertindak sebegitu.. kurang kah kasih sayang yang kami berikan.. atau engkau terpedaya dengan kata kata mereka. Atau engkau memilih untuk bersama keluarga kandung kau..

Sakit hati aku bila engkau memilih untuk mengikut mereka. Sakit hatiku melihat ibuku yang hanya tersenyum membenarkan kau di bawa pergi tapi hakikatnya hati dia menangis. Hati aku sakit. Hati aku menangis. Jangan kau lupa siapa yang besarkan dan menjaga kau sejak dari bayi lagi. Jangan kau lupakan siapa yang menghantar kau ke sekolah. Jangan kau lupakan jasa ibu ayah ku berhabisan duit untuk belikan susu, lampin pakai buang kau dulu, pakaian, mainan dan banyak lagi.. jangan kau buat ibu ayahku bersedih.. pulanglah secepat mungkin.. buat ibu ayah ku gembira. Buat hatiku tertawa melihat gelagatmu.. aku tidak dapat bahagiakan ibu ayah ku seperti engkau.. kau kesayangan mereka bukan aku. Aku rela menerima hakikat itu asalkan kedua orang tua ku bahagia. Pulanglah adikku..

Stars


Bismillah..

Post yang ke 14 buat tahun 2013. Biasanya tiap tahun mesti post akan ada lebih dari 20. Tapi tahun ni 20 pun tak sampai. Apa nak jadi? Kesian blog ni dah hilang serinya.. apa jadi kat background ni pun tak tahu la. Kesiannya awak bebylogg.. mesti si empunya blog ni pemalas kan.. haha ):

Seharian aku baca semua post kat dalam blog ni. Ketawa ada, malu ada, terkejut ada, sedih ada, nangis pun ada.. tak sangka itu semua hasil dari penulisan aku. Semua itu luahan dari hati. Suka mahupun duka. Tapi semua itu hanya tinggal kenangan..

Teringat dulu katanya mahu bersama dengan semuanya dan tidak mahu berpecah belah atau berpuak puak. Tapi lihatlah sekarang.. kawan semua sudah bertukar. Tapi ada juga kawan lama yang masih berhubung dengan kawan lama. Masih lagi rapat. Alhamdulillah. Tapi aku? Aku seolah tidak berani mendekatinya kerana dia sudah menjadi sahabat kepada rakan yang lain.. bukan aku tamak mahukan dia seorang. Bukan. Aku tidak kisah dia berkawan dengan sesiapa. Tapi bagi aku, bila aku mendekatinya, ia kelihatan seperti aku merampas dia dari mereka dan seperti ada mata mata yang melihat dengan perasaan yang tidak puas hati. Ye aku benci perasaan itu. Aku benci orang orang yang suka menilai orang dari segi luaran. Aku benci mata mata yang memandang dengan sinis. Aku benci orang orang yang suka mengata orang dari belakang. Ye dulu aku juga begitu. Tapi aku sedar, aku sering kali meletakkan diri aku ditempatnya. Sakit rasanya. Seperti hilang semangat. Jadi aku hentikan. Aku tidak mahu membenci lagi. Memang sakit menahan benci. Tapi hanya sementara. Bagi aku yang lepas, lepaslah. Kawan bukan hanya kalian sahaja. Aku juga ada sahabat sahabat yang baru. Tidak perlu aku menunjuk nunjuk sahabat sahabat aku kepada semua atau secara berlebihan. Cukup sekadar aku hargainya dan menghormatinya. Kalini biar aku jujur berkawan dengan mereka. Berkawan dengan ikhlas bukan untuk menilai atau menindas. Yang sudah pergi atau melupakan itu mungkin salah aku. Kerana tidak menghargai mereka.

Aku tidak mahu katakan ini karma. Kerana aku juga punyai sahabat yang selalu buat aku ketawa dan gembira. Mungkin tidak seramai kamu. Tapi biar sikit. Supaya mudah untuk menjaga hati. Ada segelintir sahabat lama yang aku hilangkan dari pandangan. Maaf sebab aku block kalian.. ini kerana aku tidak mahu menyakitkan hati aku lagi. Aku tidak mahu menangis kerana teringatkan kenangan lalu.. cukuplah untuk aku menderitakan diri sendiri. Kalini biarlah aku bahagiakan diri sendiri, serta bahagiakan insan insan sekeliling yang masih ambil peduli dan hargai aku..

Terima kasih ke atas segala memori yang kita cipta. Terima kasih atas segala pemberian ilmu dan barangan. Minta maaf atas semua kesakitan yang aku berikan. Minta maaf atas semua perselisihan faham dan pergaduhan. Maaf atas segala kejahatan yang aku lakukan. Maaf sebab aku sering tinggalkan kau dulu. Kini kau bukan lagi sahabat dunia akhirat. Engkau hanya sahabat, yang banyak memberi nasihat dan buat hati aku seringkali menangis pabila aku melihatmu.. jujur aku katakan, aku sangat rindukanmu..

Jaga diri.

SEVEN DAYS



'' My heart tells me it's what i want and my head tells me to take a risk ''




Bismillah..

Macam macam yang terjadi tanpa diduga dalam masa tujuh hari ni.. macam macam dugaan.. berbagai bagai. Kawan yang lama telahpun berubah menjadi lain. Lain yang macam mana itu agak susah untuk aku beritahu. Susah nak bagitau secara lebih detail. Lebih terperinci. Rasa macam nak keluarkan hati ni kejap je tukar dengan hati orang yang nak tahu tu apa perubahannya. Cuba rasa sendiri tengok sendiri dan fahamkan sendiri..

Makin lama rasa kekok. Makin lama rasa makin janggal nak bersama dengan kawan lama tu setiap masa. Tak tahu kenapa.. Tak tahu kenapa aku rasa macam tu. Aku semakin menjarakkan diri aku darinya. Sampai ada yang perasan atas tindakan aku tu. Jahat kah aku ni memperlakukan kawan lama itu sedemikian rupa? Aku jarang teman dia.. Jarang berbual. Jarang bergelak tawa.. 

Tidak ku sangka hatinya yang kononnya kuat itu akhirnya menjadi luluh. Mukanya yang kononnya 'heartless' itu juga rupanya boleh berubah menjadi sedih. Matanya.. boleh berubah menjadi bengkak. Air mata kawan lama ku itu.. akhirnya aku boleh nampak dengan jelas. Sudah ku tanya kenapa menangis berulang kali.. tapi jawapan yang diberikannya semuanya tak masuk akal. Ahahahaa kawan lama.. mood sedih pun tetap masih boleh tersenyum dan ketawa. Aku kah penyebab kawan lama ku itu menangis? Aku kah yang harus dipersalahkan?

Kawan lama.. mungkin aku tersilap langkah kerana melayani engkau begitu. Sejujurnya aku tidak sanggup melihat engkau keseorangan. Rasa kesian dan serba salah sering kali menyelubungi diriku. Aku minta maaf.. mungkin aku yang berubah. Bukan engkau. Kawan lama, kita jumpa dua minggu lagi. Jaga diri engkau baik baik. Jangan lupa, Lohaa sayang Angie. Selamanya.

* * * * *

Tujuh hari.. Bemula dengan esok. Akan bermula lah hari yang pertama. Hari yang aku tidak tahu apa yang akan berlaku. Selama tujuh hari di negeri orang. Jauh dari keluarga, kekasih hati dan juga sahabat sekalian. Aku pergi bersama tiga orang rakan yang tidak berapa ku kenal. Ini tawaran yang aku ambil setelah banyak kali berfikir. Iyaa.. tahun 2013 ni banyak sangat keputusan yang harus aku buat. Kali ni aku buat sesuatu keputusan tanpa memikirkan orang lain. Aku buat berdasarkan hati aku sendiri. Aku ikut kata hati. Kali ni aku agak pentingkan diri sendiri. Maaf bagi yang terasa hati. Maaf sangat. Maaf..

Peluang kali ni tak sanggup nak dilepaskan. Banyak manfaatnya dan banyak kebaikannya. Lagipun tak lama. Hanya tujuh hari sahaja. Bukan tujuh minggu. Soal hati jangan risau. Hati ini akan aku kekalkan. Tidak akan sesekali aku biarkan hati ini berubah. Aku pergi dengan hati si dia.. dan aku janji pulang pun akan ku pulang bersama hati si dia. Itu janji aku. Jika aku terlupa, tolong ingatkan.

Kasih dan sayang. Cinta dan hati. Sampai bila bila.


Sekian..




DECISION II


'' Never have regrets because at one point everything you did in life was exactly what you wanted ''


Bismillah..


Telah aku fikirkan dengan semasak masaknya.. tawaran yang aku dapat itu aku terpaksa tolak. Terpaksa tolak sebab ada beberapa perkara yang menghalang aku daripada pergi.. 

Bila difikirkan balik.. susah rasanya untuk aku hidup di negeri orang dengan dikelilingi oleh orang orang yang tidak ku kenal atau aku belum kenal lagi. Bila difikirkan balik.. rasanya masih terlalu awal untuk aku pergi jauh dari keluarga ku.. sayang.. dan juga sahabat sahabat yang tahu persis mengenai aku lebih dari tiga tahun..

Aku tidak bersedia untuk meninggalkan mereka semua. Sangat tidak bersedia. Kalau aku pergi, aku akan rasa kehilangan.. Itu adalah sangat pasti. Peluang depan mata, tapi aku tolak. Rugi kan? Aku sepatutnya terima tawaran tu. Bersedia menghadapi cabaran. Hidup berdikari mencari pengalaman seorang diri di negeri orang. Tapi aku tolak.. sebab aku tidak berani. Aku tidak kuat dan tidak mampu untuk berdiri teguh tanpa mereka semua..

Maafkan diri ini jika tiada yang suka akan keputusan yang aku putuskan.. Terima kasih kepada semua yang menyokong aku dan terima apa jua keputusan yang aku buat. Terima kasih kepada keluarga, abang, kakak, sahabat sekalian dan adik adik yang bagi kata kata semangat, nasihat.. Terima kasih kepada sayang sebab awak sentiasa sokong saya.. sentiasa berada di sisi saya. Saya tahu awak akan redha kalau saya pergi.. tapi awak takkan pernah rela. Saya tahu sayang..

Sememangnya menerima tawaran tu ada banyak kebaikannya.. tapi telah ku katakan, aku menolak. Terasa sangat susah nak buat keputusan yang hanya punyai dua pilihan sahaja. Betul. Tak tipu. Sekali lagi, terima kasih. Mohon maaf


Sekian..


DECISION


'' Be miserable or motivate yourself. Whatever has to be done, its your choice ''



Bismillah..


Sekali lagi.. Dugaan datang. Maaf. Bukan dugaan. Rezeki sebenarnya. Peluang. Alhamdulillah.. Rezeki yang aku maksudkan itu ialah tawaran ke sekolah berasrama penuh. SBP Integrasi Selandar, Melaka. Melaka.. sebelah negeri Johor je. Tapi.. tetap jauh kan Melaka tu.. negeri orang. Jauh dari keluarga, kekasih hati, sahabat sahabat lama..


'' Pergilah kalau rasa nak pergi. Dah ada peluang depan mata tu. Kalau nak pergi, ibu tak halang.. ''


Perasaan yang aku rasa masa aku dapat tahu aku ditawarkan untuk ke sbp tu.. rasa sedih. Bukan tak bersyukur.. tapi.. hati aku ni tertanya tanya. Kenapalah aku dapat.. kenapalah dulu aku buat rayuan untuk ke sbp. Menyesalnyaa.. Permohonan sebenarnya ke SaMURA. Tapi tawaran yang aku dapat jauh tersasar dari apa yang aku mohon. Terkejut. Keliru aku dibuatnya samada nak terima atau tak.. 

Solat. Berdoa. Mohon pada Allah.. mohon diberikan petunjuk.. ya Allah.. kenapa terlalu sukar untuk aku buat keputusan ni.. Pilihan yang aku ada cuma dua. Hanya dua pilihan sahaja. Samada untuk pergi atau kekal di sini. Kalau aku pergi, aku terpaksa korbankan perasaan aku ni.. terpaksa berjauhan dengan ibu ayah.. berjauhan dengan sayang.. berjauhan dengan kawan kawan. Dengan kawan kawan lama yang aku tinggalkan tu.. 



'' Susah sangat nak terima. Susah sangat nak merelakan.. Awak dah fikir masak masak belum ni. Kalau betul awak yakin.. Awak pergilah ''


Kalau aku pergi.. kat sana tu nanti siapa yang nak jaga aku.. orang yang selalu jaga aku semua tu dah jauh dah dari aku.. kalau homesick macam mana.. orang cakap biasanya kalau budak yang gembeng macam aku ni paling paling sebulan dua baru homesicknyaa hilang. Lamanyaa..

Kalau aku sakit nanti.. masa pergi klinik siapa yang nak temankan aku. Sayang dah takde dah.. Dia dah jauh dah dari aku.. takkanlah dia nak ke Melaka tu dari Johor.. itu gila kan namanya.. Dah tak boleh dah nak.. mesti jarang sangat. Balik pun.. sebulan sekali. Katanya lah. 


'' Pergilah fatin. Mungkin tu peluang kau. Pasal kitorang kat sini kau jangan risau. Kawan baru boleh dicari fatin.. ''


Sahabat sahabat.. takkanlah aku nak tinggalkan diorang yang ditinggalkan tu. Aku kan dah janji dengan diorang. Aku takkan pergi dari sekolah tu. Aku nak jaga dan sentiasa bersama dengan mereka yang ditinggalkan tu. Jahatnya aku ni kalau tinggalkan diorang.. kalau aku pergi, maknanya aku dah mungkir janji aku.. 

Mula mula memang ramai yang suruh aku pergi.. tapi bila hari pendaftarannya makin dekat, makin ramai yang suruh aku tolak tawaran tu.. tapi kenapa mesti tolak? Tu kan peluang. Rezeki. Ye, tahu. Belajar kat mana mana pun boleh. Asalkan kita berusaha dan berniat nak belajar bersungguh sungguh. Tapi situasi yang aku alami ni tak sama macam orang lain.. ni peluang untuk aku. Belajar bersendirian. Jauh dari semua orang yang aku rapat.. Cuba untuk jadi serius. Cari pengalaman. Berdikari.. Tapi tak rasa ke tu semua macam terlalu awal untuk aku? Kalau dalam Johor tu takpelah.. tapi ni negeri orang.. Melaka. Lagipun aku mana tahu nyanyi lagu negeri Melaka )': harharr..

Keliru.. masih tak tahu nak buat keputusan. Masih tidak tahu apa kata putusnya.. Kata hati seperti mahu pergi. Demi masa depan atau... ya Allah..




Sekian..