Kuatkan

Ketenangan pada hari ini sangat meresap ke dalam jiwa. Lihat suasana sekeliling, indahnya kehidupan pabila sudah berkeluarga. Lagi indah bila dalam perhubungan, tiada sengketa selamanya. Tapi itu semua tidak mungkin. Kehidupan yang kita jalani ini akan sentiasa ada perasa. Pelbagai perasa, manis, pahit. Keretakan juga pasti ada. Jika kita kuat menempuhinya insyaAllah segalanya tidak sia sia.

Hidup manusia tiada yang sempurna. Walau hidup senang, pasti akan ada juga kesusahannya. Seperti aku dalam kesedihan, insyaAllah kemudian hari kebahagiaan yang akan aku kecapi. Aku menyakiti diri aku. Aku terlihat gambar dan komen dia. Sakitnya memang perit. Aku sedar aku langsung tidak punyai rupa. Tapi aku juga punyai perasaan.. mungkin salah aku kerana bersangka buruk. Berhenti menangis. Fikir positif. Aku percaya dia. Dia berkata dia hanya main main saja. Aku percaya. Duhai hati, percayakanlah dia selamanya.

Berhari membawa diri, hingga aku lupa akan kesihatan diri. Berhari cuma minum air sahaja. Makanan langsung tidak ku usik. Ibu ayah aku risau sampaikan ibu nak suapkan aku. Tapi aku enggan.. aku bukan menyeksa diri. Tapi sumpah, aku langsung tiada selera mahu makan. Tak menafikan, memang perut aku kelaparan, berbunyi. Tapi sumpah.. aku tidak lalu untuk makan.. aku hanya mahu dia..

Usaha aku untuk kali ini, haraplah berakhir dengan kesyukuran. Lambat laun, isi hati yang tersirat mesti diluahkan juga. Jujur, aku belum bersedia untuk melalui semua ini. Tidak sesekali pernah untuk bersedia.. aku takut aku tidak dapat menerima. Aku takut akan takdirMu yang menyimpang dari impianku.. namun, aku harus juga kuatkan semangat aku. Kuatkan hati aku.. aku harus reda. Aku harus menerima dengan ikhlas akan ketentuanMu.

Andai semua ini benar berakhir, akan aku memaksa diri menjauhi dia. Aku takut kehadiran aku di bumi ini akan membuat dia membenci aku.. andai benar, itu pengorbanan yang akan aku lakukan. Menerima segala keputusannya. Melihat dia bahagia dari jauh. Moga dia dapat melupakan aku untuk dia menjalani hidup yang lebih sempurna. Semestinya, bukan mudah untuk aku melakukan semua itu. Jadi, aku perlu mengumpul kekuatan ku dari sekarang..

Semoga segala yang akan berakhir tidak akan terjadi. Pertahankanlah hubungan ini. Doa aku selama ini, pertahankan hubungan kami hingga kami bersatu, hingga akhir nafas. Tidak aku rela berdoa sepertinya, jika benar dia jodoh aku, Kau kuatkanlah perasaan sayang aku terhadap dia dan jika bukan, Kau buangkanlah perasaan sayang aku terhadap dia. Maafkan hambaMu kerana aku cuba untuk mengubah takdirMu. Akan aku bersedia untuk menerima segala kemungkinan yang akan berlaku mulai saat ini..

Akan

Perlukan seseorang di sisi..

Harini semuanya diluahkan.. hakikat yang perit, aku terpaksa terima. Dugaan lagi dugaan. Macam macam yang berlaku. Susah nak kuatkan diri laluinya. Kadang tadi rasa seperti hilang tujuan. Hilang pedoman.. sewaktu sukar menempuh dugaan, aku rasa seperti mahu matikan saja diri ini.

Aku kehilangan semangat. Aku perlukan dia. Perlukan dia.. sukar terima kata kata orang. Apa sebenarnya status aku dengan dia. Masih berterusan atau sudah bertemu noktahnya. Sungguh.. aku harap i masih berjalan walau ia tidak bersinar seperti yang dulu..

Apa yang perlu aku lakukan.. berkali aku cuba mengelakkan diri dari mencari dia. Tapi aku tidak sekuat dia. Aku lemah.. aku cari dia.. walau perit yang aku rasa, tapi aku perlukan da.. iye.. apa guna hubungan itu kalau salah seorang saja yang menyumbang kasih. Sampai bila aku boleh bertahan dengan kebenaran ini. Memang sekarang aku masih boleh lagi bersabar dan terus menyayangi dia. Tapi sampai bila.. hingga akhir hayat ku. Amin

Seharian seperti orang hilang akal. Berjalan tanpa arah tuju. Aku bertemu dua orang. Hanya mereka yang aku percaya. Seorang menyuruh aku berjuang selagi mampu. Berjuang dengan berpada. Jika benar masih ada perasaan sayang walau secebis, insyaAllah jodoh itu ada. Banyak nasihat diberikannya. Saat itu aku bersemangat untuk teruskan perjuangan. Kemudian aku berjumpa pula yang seorang lagi. Seorang lagi berkata, kalau aku seorang sahaja yang sayang, hubungan ini tidak akan kekal lama. Kadang kadang.. tak semua yang kita harapkan, kita akan dapat.. aku berkeras, hampir dua tahun. Banyak sangat yang kami lalui.. macam macam.. semua perancangan masa hadapan hanyalah bersama dia. Kata yang seorang lagi, aku dah nampak sebenarnya cuba aku tidak boleh terima kebenarannya kerana dalam hati masih sayang. Aku perlu lepasi diri aku dari semua ini.. sampai bila aku mahu begini.. menyeksa diri..

Benarkah tiada lagi harapan.. aku perlu bertanya dia dua soalan yang akan menentukan segalanya. Tapi aku tidak kuat.. aku takut.. segalanya yang terjadi, aku hanya memikirkan dia.. mengapa begitu mudah hilangnya perasaan sayang itu..

Persoalannya.. aku mampu ke melupakan dia.. sungguh.. terlalu banyak kenangan.. terlalu banyak kasih dia yang aku kenang.. harapan aku bersama dia.. andai sememangnya harapan itu telah musnah, Kau kuatkan lah diri aku untuk menerima semua ini. Aku tidak mahu melupakannya.. aku cuma pinta dikuatkan hati dan diri. Andai kata dia mahu menerima aku, aku berlapang dada syukur padaMu.. kalau itu benar terjadi, dan itu peluang aku yang terakhir, akan aku jaga hubungan ini seperti mana aku ingin mengekalkannya hingga kami bersatu. Impian aku..

Aku sedar aku semakin meningkat dewasa. Mungkin belum cukup matang tapi aku tahu apa itu cinta.. cinta yang aku ada sekarang ini bukan mainan atau dusta. Aku mahu ini cinta terakhir dan selamanya. Mahu cinta ini dibawa hingga ke syurga. Aku cukup mengerti bagaimana perasaannya. Aku telah lalui semua. Aku terima kalau aku ditolak. Tapi aku akan sentiasa kenang ini semua dalam ingatan. Cinta hati. Cinta terakhir ku yang satu.

Aku rindu akan dia..


A Little Love, Fiona


Greatness as you
Smallest as me
You show me what is deep as sea

A little love, little kiss
A litlle hug, little gift
All of little something
These are our memories

You make me cry
Make me smile
Make me feel that love is true
You always stand by my side
I don’t want to say goodbye

You make me cry
Make me smile
Make me feel the joy of love
Oh kissing you
Thank you for all the love you always give to me
Oh i love you

Greatness as you
Smallest as me
You show me what is deep as sea

A little love, little kiss
A litlle hug, little gift
All of little something
These are our memories

You make me cry
Make me smile
Make me feel that love is true
You always stand by my side
I don’t want to say goodbye

You make me cry
Make me smile
Make me feel the joy of love
Oh kissing you
Thank you for all the love you always give to me
Oh i love you

Yes I do
I always do

Make me cry
Make me smile
Make me feel that love is true
You always stand by my side
I don’t want to say goodbye

You make me cry
Make me smile
Make me feel the joy of love
Oh kissing you
Thank you for all the love you always give to me
Oh i love you

To be with you, oh i love you

Lagu ni saya pernah bagi dia masa kali pertama saya keluar dengan dia. Dalam kereta, dalam perjalanan nak balik rumah. Memori indah masatu. Semoga memori ini dan memori selama ini akan sentiasa mekar dalam ingatan (;

Saya Punca

Tersenyum aku melihat nama 'Abang Sayang' hantar whatsapp. Tertunggu dari minggu lepas dan tak sangka dia unblock, dan whatsapp aku. Dia tunjuk aku resultnya. Aku kurang tahu, tapi aku lihat resultnya gred A dan B sahaja. Dalam hati aku, pandainya awak sayang. Aku ambil masa, bertanya kawan apa maksud result dia. Bagus atau tidak. Mereka kata kira bagus la tu, hebat. Aku tersenyum lagi. Aku bangga pada dia. Dia sangat kuat belajar. Selalu berasa letih tapi tidak pernah putus berhenti belajar. Aku lihat perubahan dia. Dia ada berkata dulu, dia perlu usaha lagi dua kali ganda untuk dapatkan keputusan yang cemerlang. Untuk semester yang pertama ni, bagi saya awak dah lakukan yang terbaik. Tapi bagi dia, dia kecewa kerana dia mahukan four flat tapi mungkin belum rezeki dia lagi. Sabar sayang, rezeki awak ada nanti. Awak akan dapat four flat untuk semester yang seterusnya. Saya yakin. Saya mulai mengerti. Saya akan sentiasa menyokong awak. Percayalah sayang.. saya sentiasa ada dengan awak, menyokong dan mendoakan kejayaan serta kesejahteraan awak sekeluarga.

Silap saya, memulakan persengketaan lagi.. saya sedih sebenarnya awak tukar password.. password awak kan berkaitan dengan saya. Saya sedih kalau itu maksudnya awak dah tak sayangkan saya.. saya bukannya sengaja nak menambahkan lagi kekeruhan hubungan kita ni.. awak terus cakap soal balas membalas. Saya sedih.. awak masih tak dapat menerima saya.. awak datang kepada saya seolah awak ingin membalas segala perkara yang saya buat kat awak. Awak bukannya mahukan saya..

Sayang.. kenapa awak tidak menyayangi saya lagi.. jahat sangat ke saya ni sampai awak membenci saya hingga sekarang.. tahun lepas, 1 Disember 2013, awak pernah cakap 'kalau macam ni lupakan je impian 9 tahun kita'. Saya ingat lagi sampai ke harini sayang.. lepas setahun, hubungan kita jadi semakin keruh.. banyak sangat kesakitan yang kita alami.. saya sedar sejak dari dulu.. saya taknak pun hancurkan hubungan ni.. awak dah lupa ke impian kita.. angan angan kita.. keakraban kita.. saya nak teruskan post kat blog untuk part tentang kita yang seterusnya. Nanti bila saya sakit awak boleh bacakan post pasal awak dari part one hingga seterusnya. Awak ingat lagi tak.. dulu saya demam, saya suruh awak bacakan post tu bermula dari part one. Saya bahagia sangat masatu walaupun saya sakit.. awak ada.. jaga saya..

Tahun lepas kita banyak kali jumpa kan sayang.. kalau boleh tiap hari saya nak jumpa awak.. saya seronok bila bersama awak.. awak ada.. dekat dengan saya.. sekarang ni, jarang.. rasanya tahun ni boleh dikira dengan jari je berapa kali kita jumpa.. saya faham kenapa kita kurang jumpa sekarang ni.. kalau saya diberikan peluang.. saya nak lihat awak sentiasa walaupun awak tidak boleh melihat saya. Saya nak.. ada dekat disamping awak.. sejujurnya.. saya nak awak sangat..

Masa prep tadi kan sayang.. saya duduk sebelah kawan yang ambil biologi. Saya nampak gambar jantung kat buku rujukan bio dia. Saya terus cakap 'tu cardiovascular kan.dulu kan dana, masa mula mula bercinta dulu nashriq tulis @amirakasran's cardiovascular surgery kat bio twitter dia. Masatu kita terharu sangat. Tapi sekarang kan dana..kita tengok bio dia tulis wasted.. apa maksudnya.. kita sedih tau.. kenapa nashriq tulis macam tu dana..' kawan semeja semua dengar lepastu semua cakap 'ha ha nangis. nak nangis la tu. nah tisu. dah fak jangan nangis la. nashriq sayang kau' betul kan sayang apa yang diorang cakap.. awak sayang saya kan..

Saya mengaku kesilapan saya.. saya punca hubungan kita retak sampai macam ni.. saya menyesal.. saya gagal jaga hubungan ni.. saya cuba kembalikan memori lama.. saya nak awak ingat semula kenangan lama kita.. kan awak pernah cakap kalau awak dah tak sayang saya atau dah takde hati, awak suruh saya ingatkan kat awak kenangan kenangan kita.. saya kerap instagram gambar, kerap twitpic, kerap tweet sebab saya nak awak tahu apa yang saya buat.. saya nak tunjukkan kat awak.. depan mata awak saya kuat.. tapi kan sayang.. saya tak kuat tanpa awak.. bila saya tengok awak instagram gambar, awak tweet, saya pula yang rasa sedih.. saya bukan yang pertama melihatnya.. itu ke yang awak rasa terhadap saya.. awak ada cakap pasal awak selesa dengan seseorang tu kalau awak share gambar buruk kat seseorang tu. kalau tu gambar yang awak maksudkan.. maknanya awak selesa dengan semua orang.. awak tak selesa dengan saya.. saya cemburu.. cemburu sayang.. cemburu kat orang yang selalu bersama awak.. yang selalu berbual dengan awak.. diorang semua dah gantikan tempat saya.. hati ni pedih sayang.. tapi lagi pedih kalau awak dah tak pedulikan saya lagi..  maafkan saya sebab dah merosakkan semuanya.. saya hancurkan harapan awak.. saya hancurkan hati awak.. diri saya sendiri hancur dengan semua ni.. saya perlukan awak.. saya rindu sangat kat kesayangan saya.. sayang.. awak dengar tak.. saya panggil awak ni.. sayang..



Wasted

'so he tasted the deep pain that is reserved only for the strong, just as
he had tasted for a little while the
deep happiness'

Bad day. Bad feelings. Bad eyes. Kali pertama dalam minggu peperiksaan, kekuatan aku hancur. Langsung tidak dapat menumpukan perhatian. Mata kemana, hati kemana. Fikiran pun melayang hentah kemana. Seharian, emosi dan hati tidak stabil. Tak berdaya menahan. Terdaya setengah jalan sahaja. Luah juga akhirnya.

Aku dikelilingi masalah. Masalah sahabat, masalah aku juga. Kekasih sahabat meminta pertolongan aku untuk membantu dia mengejar semula kekasihnya iaitu sahabat aku. Pada masa yang sama aku keliru, aku sendiri akan terkenangkan dia. Bukan tidak mahu, tapi tidak mampu. Katanya aku hebat dalam percintaan, banyak penyelesaian aku kongsikan. Aku tergelak mendengarnya, aku sendiri sudah banyak gagal dalam hubungan. Buntu aku juga melihat mereka. Puncanya, sahabat aku sudah tidak lagi sayang pada kekasihnya. Tapi kekasihnya itu tidak sanggup hidup tanpa sahabat. Sahabat yang lain berkata 'sorang terkejarkan perempuan, sorang lagi ni terkejarkan laki dia' aku senyum saja. Senyum tawar.

Wasted. Apa yang dimaksudkan dia. Bermacam andaian. Maaf aku tidak kuat menghalang fikiran dari berfikir negatif. Hubungan ini satu pembaziran ke. Aku ini satu bebanan untuk dia ke. Atau penantian aku ini sia sia. Benarkah dia sudah puas bersama aku. Benarkah aku sudah tidak diperlukan dia. Benarkah dia sudah buang aku jauh dari hatinya, hidupnya. Benarkah ini semua.. akal fikiran aku sesak membayangkan ini semua sehingga ilmu lain tidak dapat memenuhi ruang.

Kakak dia bertanya pada aku, aku okay ke dengan dia. Dia tanya lagi, Migha tau kan die ada past stories?, Sbb tu die macam tu, Die cold ke dgn migha?. all those questions.. past stories? bagaimana pula dengan aku? sebelum ini aku lagi banyak melalui liku percintaan yang tajam. Lihat lebih dekat, banyak tusukan berbekas di hati aku. Semua itu kisah lampau dan aku anggap itu semua satu kesilapan, pengalaman, pengajaran. Aku belajar dari kesilapan. Siapa tidak serik dengan cinta yang gagal. Siapa seronok pabila hati dihancurkan. Semua itu aku juga pernah rasa. Hujung titian ini, aku buntu untuk terus kekal hingga dia datang membawaku atau aku hanya perlu melemaskan diri aku. Biar nafasku henti.

Tidak tertegar aku menghentikan segala yang bernafas. Apa yang tersirat dihatinya. Apa yang perlu aku lakukan sekarang. Terus mengejar dia atau berhenti berharap. Mana mungkin. Tapi mungkin dia perlu dipujuk lagi, aku perlu memikat hatinya semula. Tapi siapa pula yang mahu mengubati hati aku. Apa salahnya jujur dengan hati sendiri. Kenapa ego lagi berkuasa dari cinta. Kenapa itu yang selalu dikatakan orang. Kenapa aku masih tetap inginkan dia. Itu kerana dia impian aku. Tapi impian dia pula apa. Apa yang dia lalui sekarang. Aku ingin tahu. Aku ingin mengubatinya. Tapi aku tahu aku akan menambahkan lagi luka. Jadi kenapa dia perlu kekal dengan aku kalau aku ini sentiasa menyakiti dia. Kalau dia punyai pasangan yang lebih baik dari aku kenapa aku menghalang. He deserve to get someone better than me. While me? Someone, please shoot my head.

Sayapnya

Berhari yang lalu, terkejut rasa pabila whatsapp dibuka dan apa yang aku lihat, profile dia bertukar kepada profile gambar contact name dia. Saat itu aku tahu apa yang dilakukan dia. Terus hilang selera makan, makanan lauk yang aku beli semua aku buang. Tahu sedang sangat kelaparan, tapi bila satu perasaan tu hadir, segalanya letak ketepi tidak peduli. Menangis aku lagi dalam bilik air semata taknak orang lain tahu. Tidak terkata aku. Terdiam kerana aku tahu itu balasan.

Berhari berlalu. Menanti dia sentiasa. Tiap kali berjalan balik ke asrama, aku lihat ke arah luar sekolah. Ada dia kah di situ. Aku berlalu pergi, sayu di hati. Konon bilang aku terima dan aku kuat. Tapi tidak pernah sekalipun itu menjadi fakta buat diri aku. Tiap hari aku whatsapp dia. Segala aduan, segala kejadian, segala kerinduan. Walau aku tahu mesej itu tidak akan pernah dihantar, tapi aku tetap teruskan juga. Berikut harinya, aku sedar mesej itu tidak kesampaian. Lara aku mengapa begini jadinya. Morning wish tanpa balasan. I love you tanpa I love you too. Faham tidak rasanya..

Sudut hati, aku takut dia mulai selesa tanpa aku. Mungkin benar tanpa aku dia selesa dan tiada rasa apa. Fikiran negatif lagi. Siapa yang aku ada untuk hilangkan tanggapan itu. Hanya dia. Menghitung monthsary seterusnya. Sebak aku. Aku mahu itu hari bahagia. Walau aku tahu dia pasti tiada..

Saban hari melakar cinta sendirian. Bermain cinta dalam khayalan. Merasai cinta melalui bayangan. Menulis sendiri buku cinta kami. Sudah lama merpati tidak menyinggap di pohon cengal. Bahkan sayapnya juga tidak kelihatan. Pohon itu rindu. Aku juga rindu.

Terpenting

Bulan yang sangat tough. Exam sebelum ni memang tidak terrela nak bangun pagi, stay up. Kalini hentah mengapa, segalanya lancar. Walau payah nak paksa diri tidur awal, nak bangun pagi seawal yang mungkin, tapi akhirnya aku dapat lakukan juga. Mungkin kerana semangat dan kerana mereka aku sudah mula untuk menerima dan biasakan dengan perubahan ini. Lepas habis exam ni insyaAllah aku tidak akan berhenti stay up. Selagi mampu, aku buat. Nak berjaya kena bersusah dulu. Itulah yang dikatakan ibu. Katanya lagi, buat la solat tahajjud sekali dengan solat hajat masa stay up tu nanti. InsyaAllah dipermudahkan segala.

Harian, kebanyakkan masa dihabiskan bersama rakan rakan serta penghuni sebumbung. Memang la seronoknya disini tidak terkira. Disini, aku boleh jadi segala. Boleh menggila, meluah, melepas, menangis, melawan dan bermacam me lagi. Tidur bersama, makan bersama. Waktu makan memang paling epic. Dah dikira macam lepak santai kat mamak or kafe whatsoever tanpa berbayar. Duduk soksek kat dewan makan sampai maghrib sampai orang atas semua dah habis solat jemaah. Ish astagfirullah.. jangan contohi ! Duduk situ sampai tangan kering, tak basuh pun takpe hahahaha.

Tapi, jauh dalam sudut hati ni sebenarnya hati sunyi. Dikelilingi rakan, berbanding dikelilingi yang terpenting, adalah sangat beza. Tidak akan pernah sama. Aku lagi perlu yang terpenting. Yang terpenting itu sangat bermakna. Terpenting itu aku sayang, aku cinta. Tapi di sini, aku perlu dikelilingi orang ramai. Aku perlu rasa kasih dari mereka. Berjauhan dari mak ayah, siapa mampu duduk berdiam kat sini. Duduk diam, memang tiap malam la homesick. Kawan la yang menghiburkan tiap hari. Dan pastinya aku la penghibur kegemaran mereka saban hari. Paling lara sekali bila waktu nak tidur. Memang aku selubung muka ni dengan selimut, menangis. Memang pasti, semestinya. Kelamaan hati sayu juga teringat mereka yang terpenting. Tiga kekasih dalam hati.

Berbicara dengan yang terpenting, boleh membahagiakan hati aku. Sampai menangis bahagia. Saat bermanja, saat paling kemuncak. Meronta nak balik, meronta nak dia. Hati aku keras, tapi akan lembut dengan sentuhan kasih. Siapa yang terpenting tu, semestinya ibu, ayah, dan dia.

Tertanya aku akan dirinya. Apa sebab dia lakukan ini semua. Fikir panjang, keyakinan aku semakin tenggelam. Lebih baik aku fokus ke hadapan, ukir masa depan bersama yang terpenting. Aku ingat mereka tiap saat. Menanti dia muncul depan mata tiap hari. Pada waktu yang tidak terjangka. Imbas kembali. Pernah dulu aku pakaikan dia lip balm masa dia sedang drive, seronok aku lihat dia. Tidak akan aku lupa. Babycomel95 xoxo hahahahaha. Ahahaa. Haha.............

Tiada Rasa

Bulan yang memenatkan. Tiap hari paksa diri tidur awal. Tiap hari paksa diri bangun pagi seawal jam dua. Tiap hari bersengkang mata menjawab periksa. Tiap hari juga la aku perlukan semangat dari dia. Hari demi hari, mula terlakar kesedaran dalam diri untuk belajar bersungguh seterusnya mencapai impian kedua orang tua. Cemerlang dalam pelajaran. Keputusan yang membanggakan. Memang bukan mudah. Tapi tiada apa yang mustahil.

Kurangku dimana. Kesetiaan aku dipersoalkan. Atau rupa aku yang bukan taraf jelitawan. Sifat aku yang menyakitkan. Aku bukan perempuan itu. Aku tidak seperti gadis itu. Serba serbi kurangnya. Segalanya, itukah sebabnya. Dia bersuara, aku luah semua. Maaf tanpa henti. Aku ingin hentikan segala lara. Aku penat lalui ini semua. Diungkit, aku kecewa. Dia kecewa akan aku, aku kecewa akan dirinya. Dua dua kecewa bersama. Lagi seronok kalau dua dua bahagia. Orang kata hubungan tanpa pergaduhan itu cacat. Tapi sungguh, kebahagiaan itu saat paling indah. Semakin pudar merasai keindahan itu. Mulai suram dengan pelbagai duka.

Semakin kuat hati aku untuk menerima. Mungkin ini takdirnya. Kadang sukar untuk percaya. Namun ini hakikatnya. Dia sering pergi pabila hati sering ditusuk. Duduk terdiam aku, merayu dia kembali. Semakin lama rayuan aku ditolak ketepi. Mungkin perlukan masa. Aku menunggu, kadang tidak sanggup. Lemah longlai, meronta kesepian. Ego tidak kusimpan. Aku merayu lagi. Dan sekarang, masih merayu dalam diam.

Saat indah semalam masih aku ingat. Walau singkat, aku hargai. Alangkah indahnya saat saat itu. Walau tidak seindah dulu, aku puas. Banyak lagi ingin aku kongsi. Ingin bertanya soal masa mendatang. Tapi tetap, tidak berjaya. Pabila sampai ke tahap itu, semuanya serba serbi tidak kena. Aku lihat dia sentiasa. Apa yang dia rasa, tiada. Tiada itu apa maksudnya. Tiada aku dalam hatinya atau apa. Aku sebak. Tapi aku tahan. Aku salah dan pencetus keretakkan.

Aku patut berdiam diri atau apa. Berterusan menunggu kata akhir dari dia. Sampai bila dia pergi. Tidakkah terlintas untuk kembali. Atau sudah tiada keinginin untuk bina mahligai cinta. Mimpi ngeri buat aku andai itu berlaku. Tapi siapa aku untuk menentukan segala. Semuanya sudah tertulis. Ini petunjuk atau apa. Allah.. aku pasrah.


Please stay. I'm not asking for much. It would be nice if someone that'll be there for me through thick and thin wheather i'm in a good or bad shape. And still be my side. It would be nice if someone promise to stay and never leaves. Pinky promise...

Simpan Dalam

Syukur diberi peluang kedua. Merasai nikmat kembali kedakapannya. Bukan senang mahu lembutkan hati dia. Ikutkan hati jahat, mahu saja dihentikan semuanya, meninggalkan segalanya. Tapi itu bukan aku. Janji aku pada dia dulu, tidak akan meninggalkan dia kecuali dia meninggalkan aku. Janji aku, pertahankan hubungan ini. Kalau aku ikut sama naik angin, hubungan ini memang tidak akan bermakna lagi. Memang silap aku kerana memulakannya. Tapi silap aku bukan menduakan kerana aku sama sekali dan selamanya tidak akan menduakan dia. Itu janji aku. Kerana aku, cinta dia.

Aku fikir dia di sini, aku dapat luangkan masa dengannya. Bukan selalu ada masa terluang macam ni. Bukan selalu dia cuti lama. Bukan selalu.. aku nak sangat pulang ke rumah semata mata aku ingin berkongsi segalanya pada dia. Banyak kali aku cari masa yang sesuai. Tapi, masa sentiasa tidak mengizinkan. Dah menjadi kebiasaan tiap malam berduka. Banyak kali telan perasaan pun, tetap masih ingin keluarkan juga air mata. Terasa macam hati hancur. Tapi hakikatnya tidak. Kami bahagia.

Apa boleh aku buat kalau dia sedang bersama keluarga. Dia utamakan keluarga. Siapa aku untuk melarangnya. Aku diam, bagi dia ruang bersama keluarga sepuasnya. Ye, aku tahu. Bukan selalu keluarga dia dapat bersatu seperti itu. Tambahan pula, kakak dia sedang mengandung. Boleh faham apa rasanya.. tapi terkilan juga kerana aku baru tahu. Katanya sudah diberitahu, tapi hentah kenapa aku tetap baru tahu. Walau hal itu tidak penting buat aku, tapi itu sangat bermakna. Perempuan, aku faham rasanya.

Aku tolak ketepi semuanya. Jadi orang jangan pentingkan diri sendiri. Aku simpan dalam. Simpanan itu aku buang tapi masih berbaki. Aku pendam. Aku luahkan dengan air mata. Sudah terlampau banyak air mata aku laburkan. Sampai bila mahu begini. Letak buku depan mata sedekat yang mungkin masih memikirkan dia. Mengapa begini jadinya. Kata mahu belajar sungguh sungguh. Kenapa hal macam tu pun tak boleh kuatkan semangat. Semangat.. mana pergi semangat itu..

Sudah aku jangka, dia akan buat juga laporan itu walau terpaksa. Aku harap dia ikhlas. Sudah, aku tahu dia ikhlas. Dalam diamnya, ada kemanisan juga. Dia tidak menunjuk, tapi aku boleh rasa. Bersederhana, dan aku terima. Anak yang baik semestinya akan menjadi seorang suami dan ayah yang baik. Memang tidak selalu aku dapat kuatkan hati. Tapi kebiasaannya, aku terluka dan mengubatinya secepatnya. Akhirnya aku kembali semula padanya. Sayang aku padanya dapat mengatasi segala perit yang aku rasa. Sayang aku padanya tidak terbanding.

Sekali sekala mahu juga rasa dibelai dengan kasih sayang. Memang selalu diberi. Tapi aku mahu merasai juga. Mungkin masa untuk aku tu belum. Masa aku nanti, lapan tahun lagi. Masatu aku takkan sekali kali melaburkan air mata aku lagi. Sudah puas menangis. Biar nanti aku bahagia tanpa henti. Bersama orang yang sama, selamanya.

Aku menunggu dan tetap menunggu. Kadang aku tewas, mengalah. Tapi tetap, aku bangun lagi untuk terus menunggu. Sebak memikirkan ini semua. Bersabar untuk kebahagiaan dunia akhirat. Moga ini semua berbaloi. Moga ini semua direstui. Jika bukan takdir, aku reda. Tapi selagi masih ada peluang, aku tidak akan putus berdoa. Aku, dia disatukan. Saling melengkapi hingga akhir hayat. Insya'Allah. Amin, ya Rabb..